* sempena hari raya aidiladha yg lps, sy bercdg ingin mmbuat kek dan inilah hasilnya.. kek ini mudah dan smestinya sdap :D
BAHAN-BAHAN :
7 biji telur
350 gm mentega
275 gm buah kurma dipotong halus ( klau nak tmbah lg bleh jer )
275 gm tepung gandum
225 gm gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan golden syrup
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh rempah kek
perwarna oren ( ikut citarasa sndiri )
CARA-CARA :
Asingkan kuning telur dan putih telur. Pukul putih telur dgn baking powder sampai kembang. Masukkan gula dan pukul sehingga putih. Selepas itu, masukkan kuning telur dan gaul rata. Dalam bekas lain, pukul mentega sampai putih kemudian masukkan ke dalam adunan telur tadi. Gaul lagi dan kemudian masukkan tepung gandum. Selepas digaul rata, masukkan esen vanilla dan golden syrup. Bahagikan kepada 2 bahagian, 1 bahagian berwarna oren dan tambahkan rempah kek manakala 1 bahagian lg dimasukkan buah kurma. Kukus 2 senduk adunan berwarna oren dulu dan lepas itu 2 senduk adunan buah kurma. Buatlah begitu sehingga habis adunan. Apabila siap dikukus, bakarkannya di dalam oven sebentar utk mengeringkannya.
SelamaT MencubA :D
No comments:
Post a Comment